Sunday, March 24, 2019

Juadah tengahari ini sesuai untuk ibu yang nak cepat

Sudah masuk waktu tengah hari. Ibu-ibu yang mana anak-anak sedang cuti sekolah tenti nak masakkan sedap-sedap untuk anak-anak. Terutama yang mana masuk asrama tu, dah lama tak rasa masakan mak, mesti rindu air tangan mamanya.


Apakata ibu-ibu cuba nasi arab AlBayt. Sedap, mudah, cepat, seimbang dan berkhasiat. Jangan kata anak, ayah anak pun suka.


Nasi Arab AlBayt.

Ada rempah-ratus yang wangi dan berkhasiat. Disajikan dengan ayam atau daging berprotein yang empuk dan berperisa. Dan dilengkapi dengan sayuran segar timun, tomato, daun sup, lemon yang bervitamin. Boleh juga ditambah sos yougurt yang punya bakteria baik untuk badan.

Berminat? www.wasap.my/60127946514

RM16 sahaja. Cukup mudah, menyelerakan dan memenuhi citarasa seisi keluarga




Saturday, March 23, 2019

Inilah kaedah marketing yang lembut tapi berkesan..


Ini topik yang saya baru belajar. Daripada saudara penulis Khairul Hakimin Muhamad, boleh jenguk FB dia. Banyak ilmu yang boleh dipelajari. Topik ini mengenai cara-cara untuk naikkan perhubungan antara kita dengan orang awam atau target user.

Rupa-rupanya perhubungan antara satu orang kepada orang lain, melalui posting di platform sosial seperti FB, Twitter, Instagram dan sebagainya, ada baiknya dilakukan mengikut sela-sela waktu. Mungkin disebabkan faktor psikologi kita yang sentiasa saja ada kerja yang perlu dilakukan sepanjang hari. Jadi kita buka media sosial untuk merehatkan sebentar otak yang sedang penat. Posting mengikut sela waktu, dan mengikut kategori boleh memberikan impak psikologi yang lebih ‘lembut’ kepada golongan sasaran kita (potential customer). 

Jadi, apa kategori posting dan sela waktu yang disyorkan?

Awal pagi (8-9 am): 
Posting santai dan menarik mengenai cerita kehidupan penulis. Posting seperti ini menaikkan engagement dengan memberikan rasa selesa kepada golongan sasaran kepada kita disebabkan kita memberikan cerita-cerita yang santai dan tidak berat.

Lewat pagi (10-11 am): 
Posting yang bersifat ilmiah. Posting ilmiah memberikan impak kepercayaan dan inspirasi yang lebih tinggi antara kita dengan golongan sasaran. Engagement akan menjadi lebih kuat apabila ada orang yang share atau beri reaksi kepada posting kita.

Tengah hari (12-3 pm): 
Posting iklan (hard selling atau story selling). Lumrah, posting iklan memang akan menurunkan sedikit engagement. Tapi tak perlu putus asa. Teruskan saja.

Petang (5-7 pm): 
Naikkan semula engagement kita dengan membuat posting yang lebih santai. Contohnya posting bersifat jenaka dan hiburan untuk perbaiki engagement yang sudah menurun tengah hari tadi.

Jika dilihat sela waktu dan kategori, nampak macam kita bermain dengan psikologi. Yang penting, engagement tak lari, target user senang hati dan profit pun boleh masuk.

Win-win situation, kan. Jom cuba.

****
Yang ini topik lain pula, salah satu kaedah mengembalikan tenaga setelah penat bekerja sepanjang hari adalah dengan mengambil makanan yang sihat dan lengkap.

Jadi tuan-tuan, cik puan nak cuba Nasi Arab AlBayt? www.wasap.my/60127946514


Selamat pagi uollss..

Selamat pagi kawan. 



Musim cuti sekolah ini, anak-anak ada di rumah. Ibu-ibu mesti nak sediakan something special, kan?

Apa kata makan tengah hari nanti ibu-ibu cuba nasi arab. Tak perlu pergi ke restoran pun. Boleh masak sendiri di rumah. Dijamin memuaskan. 

Menunya berat, dengan nasi berempah yang wangi dan gebu, ayam atau daging yang cukup empuk dan berperisa dan juga sayur-sayuran segar. Ibu juga boleh tambahkan sos yogurt untuk penambah rasa. 

Ibu nak cuba? Nasi Arab AlBayt. www.wasap.my/60127946514 






Rupanya ini khasiat buah pelaga

Wow, anda mesti tak sangka. Buah pelaga yang bila kita tergigit tu terasa bagai "erkkk.." (siapa macam saya, kita geng) rupanya ada banyak manfaat kesihatan. Yuk kita baca apa bagusnya buah pelaga ini.

Apabila buah pelaga disediakan dalam bentuk teh, buah pelaga boleh membantu detox badan dan memulihkan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit

Selain itu, ia juga menghilangkan bau mulut. Teh buah pelaga turut dikatakan boleh mencantikkan kulit dan meredakan masalah keradangan kulit, terutama bagi mereka yang menghidap ekzema atau psoriasis.
Contoh teh pelaga yang dijual di pasaran

Semua ini disebabkan kehadiran eucalyptol, camphor, limonene, alpha-pinene, beta-pinene, myrcene, dan juga vitamin A, B dan C, potasium, zat besi, magnesium, kuprum dan zink. 

****
Dalam rempah Nasi Arab AlBayt pun ada biji pelaga tau. Nak cuba? www.wasap.my/60127946514


Friday, March 22, 2019

Morning peeps.. senyum selalu

Image result for good morning quotes

Tentang bunga lawang yang tak pernah kita tahu...


Siapa yang tak kenal bunga lawang? Cuba angkat tangan.

Kebanyakan dari kita sememangnya sudah biasa menggunakan rempah ratus seperti bunga lawang, cengkih, pelaga dan kulit kayu manis disebabkan citarasa orang kita yang sebati dengan masakan berempah. Tetapi pernahkah kita terfikir dari mana asalnya rempah ratus ini? Adakah kegunaan lain yang boleh digunakan selain dimasukkan dalam masakan?


Jom kita baca…


Bunga lawang dikatakan berasal daripada utara Vietnam dan Indochina. Sebenarnya bunga lawang yang digunakan dalam masakan kita itu bukanlah bunga pun, tetapi merupakan buah daripada pokok malarhijau dengan bunga-bunga cantik berwarna kuning dari keluarga Illicieae. Buah yang masih muda dipetik dan dikeringkan di bawah matahari sebelum dipasarkan sebagai ‘bunga lawang’.

Rempah ini mempunyai aroma yang harum dan manis, seringkali digunakan untuk menaikkan aroma dan penyedap masakan selain turut digunakan dalam pembikinan minyak wangi, minyak angin, sabun dan pencuci mulut.

Jangan tak tahu, sebenarnya bunga lawang ada 2 jenis. 1 dari Indochina, bunga lawang yang kita gunakan sehari-hari dalam masakan, dan satu lagi yang berasal dari Jepun. Bunga lawang daripada Jepun tidak boleh digunakan dalam masakan kerana mengandungi bahan bernama sikimitoxin yang boleh menyebabkan keradangan kepada organ penghadaman dan buah pinggang serta anisatin yang merupakan neurotoksin.

Bunga lawang dari Jepun tak boleh dimakan? Jadi macamana nak bezakan bunga lawang mana yang boleh dimakan, dan yang mana yang tidak?

Bunga lawang dari Indochina biasanya bersaiz besar, manakala yang dari Jepun biasanya lebih kecil. Cuba tengok gambar di bawah ni. Nampak beza,kan?


Jadi kalau nak membeli bunga lawang, pastikan saiznya lebih besar. Bukan apa, kedua-dua bunga lawang dari Indochina dan Jepun kelihatan sama saja selepas dikeringkan. Hanya saiz sahajalah yang boleh dijadikan panduan.

****
Nak cuba Nasi Arab AlBayt? Hubungi saya http://www.wasap.my/60127946514

Nasi Arab Al-Bayt @ Jitra/Alor Setar

Sesekali nak juga tukar selera, kan? Apakata kita cuba menu dari Timur Tengah. Saya kenalkan...

NASI ARAB ALBAYT


Confirm sedap ☺ . 



Didatangkan dengan 4 jenis:

Nasi Arab Mandy Ayam
Nasi Arab Mandy Kambing
Nasi Arab Kabsah Ayam
Nasi Arab Maqluba Ayam

Hanya RM16 sepeket. Boleh dinikmati sekeluarga.

Sudi-sudikan hubungi saya jika nak cuba: www.wasap.my/60127946514
Harga tidak termasuk caj pos