Sunday, April 7, 2019

Air panas "tersedak"? Ini puncanya...


Post kali ini tidak berkaitan tentang makanan, tetapi lebih kepada peralatan di dapur.

Kebanyakan isi rumah sekarang tentu sudah bertukar dari penggunaan cerek elektrik atau gas dan bekas air masak biasa kepada mesin filter air automatik seperti Coway, Cuckoo dan lain-lain lagi. Namun, tentu masih ada antara kita yang masih menggunakan thermopot dan cerek elektrik biasa untuk bekalan air panas dan air masak. Contohnya, saya sendiri masih menggunakan cerek elektrik untuk menjerang air masak dan thermopot untuk bekalan air panas.

Masih ada yang pakai
thermopot seperti ini?


Awal tahun 2019, thermopot yang telah hampir 7 tahun berkhidmat untuk keluarga kami akhirnya telah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membeli yang baru. Kami beli jenama Elba, jenama yang pada saya boleh dipercayai untuk barangan elektrik di dapur.

Usai membeli, saya cuci sebersihnya bahagian tangki air dan mula memasak air seperti lazim saya lakukan pada thermopot lama. Air yang telah dimasak saya gunakan untuk membuat air minuman dan saya berpuas hati dengan produk baru ini. Keesokan harinya, semasa hendak menuang air panas, saya tekan butang ‘dispense’. Tetapi air keluar agak tersedak-sedak dan tidak lancar seperti sebelumnya.



“Alamak, kenapa pulak ni. Semalam okay sahaja aliran air, hari ini dah tersedak-sedak pula. Takkan lah baru beli sudah rosak atau sudah ada yang tersumbat?” getus saya di dalam hati.

Butang pam manual

Selidik punya selidik, rupa-rupanya “air tersedak” tersebut disebabkan tekanan dalam thermopot yang sudah berubah selepas air dikeluarkan daripada tabungnya. Rupa-rupanya butang pam manual di bahagian atas penutup thermopot boleh digunakan untuk kembalikan tekanan yang sesuai dalam bekas tersebut agar air boleh mengalir dengan cantik. Butang ini juga boleh digunakan untuk mengeluarkan air dari tabung secara manual sekiranya tiada elektrik.

Saya sebenarnya tidak pernah tahu fungsi butang tersebut memandangkan thermopot lama saya adalah thermopot secondhand. Butang tersebut pada pandangan saya sudah rosak disebabkan tiada apa yang berlaku apabila saya menekannya. Jadi saya abaikan butang itu selama ini.



Oh, barulah saya tahu itulah fungsi butang besar pada penutup thermopot. Itulah sebabnya perlu baca terlebih dahulu manual peralatan yang dibeli sebelum digunakan. Perkara yang mudah pun boleh terlepas pandang jika kurang membaca. Anda setuju?



***
Ramadhan akan menjelma tak lama lagi. Anda nak cuba Nasi Arab AlBayt? Boleh juga ubah selera berbuka puasa. 

Hubungi saya www.wasap.my/0127946514

Jom nasi arab

Hai hai hai semua.. Ramadhan bakal menjelma..sudah tak lama lagi ni..

Siapa-siapa yang masih belum habis ganti puasa tahun lepas, eloklah mula ganti sekarang sebelum terlewat.

Bulan puasa ni, tentu kita nak tukar selera,kan? Kurma dah tentu hidangan wajib pembuka selera.

Mai cuba Nasi Arab Albayt.. sama-sama kita kembalikan tenaga selepas seharian berpuasa dengan hidangan istimewa ini.

Takpa, tak perlu tunggu Ramadhan, sekarang pun boleh cuba. Sudah tentu puas hati, Ramadhan nanti boleh repeat lagi. Ngam tak?

Jom whatsapp www.wasap.my/60127946514

Sahabat-sahabat yang berada di Jitra dan sekitarnya, kami ada sediakan khidmat COD. Mai cuba pasti tak menyesal