Post kali ini tidak berkaitan tentang makanan, tetapi lebih kepada
peralatan di dapur.
Kebanyakan isi rumah sekarang tentu sudah bertukar dari penggunaan cerek
elektrik atau gas dan bekas air masak biasa kepada mesin filter air automatik
seperti Coway, Cuckoo dan lain-lain lagi. Namun, tentu masih ada antara kita
yang masih menggunakan thermopot dan cerek elektrik biasa untuk bekalan air
panas dan air masak. Contohnya, saya sendiri masih menggunakan cerek elektrik
untuk menjerang air masak dan thermopot untuk bekalan air panas.
![]() |
| Masih ada yang pakai thermopot seperti ini? |
Awal tahun 2019, thermopot yang telah hampir 7 tahun berkhidmat untuk
keluarga kami akhirnya telah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi. Jadi, saya
mengambil keputusan untuk membeli yang baru. Kami beli jenama Elba, jenama yang
pada saya boleh dipercayai untuk barangan elektrik di dapur.
Usai membeli, saya cuci sebersihnya bahagian tangki air dan mula memasak
air seperti lazim saya lakukan pada thermopot lama. Air yang telah dimasak saya
gunakan untuk membuat air minuman dan saya berpuas hati dengan produk baru ini.
Keesokan harinya, semasa hendak menuang air panas, saya tekan butang ‘dispense’.
Tetapi air keluar agak tersedak-sedak dan tidak lancar seperti sebelumnya.
“Alamak, kenapa pulak ni. Semalam okay sahaja aliran air, hari ini dah
tersedak-sedak pula. Takkan lah baru beli sudah rosak atau sudah ada yang
tersumbat?” getus saya di dalam hati.
![]() |
| Butang pam manual |
Selidik punya selidik, rupa-rupanya “air tersedak” tersebut disebabkan
tekanan dalam thermopot yang sudah berubah selepas air dikeluarkan daripada
tabungnya. Rupa-rupanya butang pam manual di bahagian atas penutup thermopot
boleh digunakan untuk kembalikan tekanan yang sesuai dalam bekas tersebut agar air
boleh mengalir dengan cantik. Butang ini juga boleh digunakan untuk
mengeluarkan air dari tabung secara manual sekiranya tiada elektrik.
Oh, barulah saya tahu itulah fungsi butang besar pada penutup thermopot. Itulah
sebabnya perlu baca terlebih dahulu manual peralatan yang dibeli sebelum
digunakan. Perkara yang mudah pun boleh terlepas pandang jika kurang membaca. Anda
setuju?
***
Ramadhan akan menjelma tak lama lagi. Anda nak cuba Nasi Arab AlBayt? Boleh
juga ubah selera berbuka puasa.
Hubungi saya www.wasap.my/0127946514


No comments:
Post a Comment